Emma Maembong Dah Bertudung?

Emma-Maembong bertudung


Penampilan terbaru Emma Maembong yang kini bertudung telah menimbulkan tanda tanya sama ada beliau telah berhijrah ke arah yang lebih islamik.
Tampil dengan imej bertudung dalam program Meletop, dan juga gambar bertudung di laman Instagram, ini menguatkan lagi spekulasi yang Emma sedang dalam peralihan untuk bertudung spenuhnya.

“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.

Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi.

Gambar Emma Maembong Bertudung

Emma-Maembong-Berhijrah Bertudung 4Emma-Maembong-Berhijrah BertudungEmma-Maembong-Berhijrah Bertudung 3
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Berita Hiburan dengan judul Emma Maembong Dah Bertudung?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://sumbercopy.blogspot.com/2013/12/emma-maembong-dah-bertudung.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -